Tuesday, 10 August 2010

Di Persimpangan

Kehidupan ini penuh dengan dugaan dan ujian. Allah sebenarnya mahu menguji tahap keimanan seseorang hamba dan ujian yang diturunkan pula bersesuaian dengan kemampuan hamba tersebut. Allah tidak memberati seseorang hamba itu dengan ujian yang tak termampu dihadapi. Begitu sayangnya Allah kepada kita. Tapi apakah kita sedar semua itu.

Kadang-kadang kita diuji dengan sesuatu perkara yang mana kita terpaksa membuat satu pilihan yang tepat. Allah sebenarnya mahu melihat kita kepada siapakah kita meminta petunjuk dan bergantung dalam membuat pilihan tersebut supaya pilihan yang dibuat itu tepat demi kebaikan kita. Kita boleh merujuk atau meminta pendapat orang atau sahabat yang kita percayai. Kadang-kadang ianya boleh mempengaruhi kita dalam membuat keputusan. Tetapi kita mesti janganlah terus membuat keputusan atau pilihan, mintalah petunjuk dari Allah kerana petunjuk dari Allah itu adalah keputusan yang paling tepat. Kerana Allah tahu semua perkara yang kita tidak tahu. Allah tahu apa yang sedang dan akan berlaku. Walaupun petunjuk dari Allah itu semacam tidak memuaskan hati tapi kita kena redha kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Untuk mendapat petunjuk dari Allah kita kenalah selalu mengingatiNya samada waktu susah atau pun waktu senang. Kerana Allah akan ingat kepada hambaNya sewaktu hamba itu dalam kesusahan. Membuat sesuatu pilihan atau keputusan kadang-kadang membuat kita susah hati. Masa waktu inilah kita mengharapkan Allah memberi petunjuk kepada kita dalam membuat keputusan.

Banyakkanlah berzikir. Dengan berzikir hati dan fikiran kita menjadi tenang dan mudah bagi kita membuat pilihan yang tepat. Disamping itu jangan lupa solat Istihorah dan mohon kepada Allah diberi petunjuk yang tepat.

No comments:

Post a Comment